//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. u enter ? u must read this ! *paksa* :D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syaa Combies
Others: 鈾�/a> 鈾�/a> 鈾�/a>


#1 Perempuan dan Cantik


Assalammualaikum. dah lama tak berblogging.  Dan hari ini Syaa nak cerita pasal cantik. Ya, beautiful.

bohonglah jika seseorang yang dinamakan perempuan  tidak mahu kelihatan cantik di mata dia dan juga manusia lain. tetapi tidakkah mereka berfikir bahawa Allah telah menciptakan mereka begitu indah sekali. setiap wanita pasti ada kecantikan mereka sendiri tanpa mereka sedari. mereka menilai diri mereka tidak cantik kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki, dengan erti kata lain tidak bersyukur. bagi diri manusia, kita seharusnya set kan dalam minda bahawa setiap manusia ada kecantikan dan tarikan tersendiri. tidak perlu merasa rendah diri dengan apa yang dimiliki.

siapa kata cantik itu terletak pada fizikal ? tidak semestinya orang kurus langsing cantik manakala orang berbadan gempal hodoh. tiada istilah hodoh. Allah tidak pernah menciptakan khalifah di muka bumi ini hodoh. Allah hanya meletakkan sedikit kekurangan dan kelebihan yang ada dalam setiap manusia. wanita yang cantik dari dalaman secara tidak langsung akan cantik pada luaran. jangan judge manusia based on physical only. mungkin orang yang berbadan gempal dipandang sesuatu yang tidak kena pada mata sesetengah manusia, tetapi, orang kata biarlah orang nak kata apa. mulut manusia siapa boleh menutupinya.

okay now, Syaa nak kongsi sedikit tips bagi seseorang yang tiada keyakinan dalam diri. Tips ni Syaa cuba pada diri Syaa. dan alhamdulillah ada suatu perkembangan positif.

first, jangan set kan mind korang dengan "Aku hodoh. Tiada siapa nak kawan//suka aku". kalau ada dalam dalam mind set korang. delete dengan segera. sebab apa? sebab apabila kita berfikir negatif like that, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kita punya emosi. ingat, tiada istilah hodoh. pandang cermin dan katakanlah bahawa "Semua orang ada kecantikan tersendiri. jangan beza bezakan diri kau dengan orang lain". 

second, jangan pernah dengar apa orang mengata. sebagai contoh, korang berbadan gempal, dan orang lain akan memandang something yang tidak puas hati kat korang. korang senyum sahaja. ingat. kalau dia tak suka korang thats mean korang lebih cantik dari dia. sebab tu dia ada sifat dengki dengan korang. be positive. itu yang penting. 

third, korang cuba fesyen yang boleh meningkatkan diri korang. maksudnya macam pakailah baju yang korang ingat pakai. ingat, fesyen bukan sahaja untuk orang yang langsing dan kurus. orang berbadan gempal boleh juga berfesyen, dengan syarat anda yakin. 

so, Syaa harap dengan sedikit perkongsian perempuan yang tiada keyakinan boleh yakin dengan kecantikan yang ada pada anda. 

Bunga matahari kekadang cantik dipandang kita, dan ada pula tidak cantik pada pandangan orang lain. macam itulah perempuan. Di mata orang lain kita cantik. dan pada sesetengah tidak. Just be yourself sayang. :*

-Syaa-